Wednesday, December 14, 2011

Bulan Kelahiran Islam...

Ini hanya buat renungkan sahaja...

Muharram

Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya.Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik keranan bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk.Tidak suka mengakui kesalahannya.Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah.Walaupunbegitu, sekiranya dia menlakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil


RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan,ramai yang menyenanginya.Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RabiulAkhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tanganya.Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya.Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi.Beranai dan nekad.Kadangkala menlakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menujukan hasil usahanya, kadangkal menemui kegagalan.


JamaldilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.Berbagai kepandaian ada padanya.Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras tidak mahu mengalah.Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terselah sifat-sifat yang baik itu kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akn menyenangkan kedua orangtuanya.


Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal.Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.Ketika dewasa, dia suka bersikap menrendahkan diri dan tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimananpun hidupnya selamat dan sentosa.


Syaaban

Perwatakannya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus.Waktu kecil mudah mengalah dia bermain dengan kawan-kawan.Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya.Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapt rezeki


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri.Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali.Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakan keras.Hatinya keras.Tidak suka dikalahkan oleh oranglain.Hal ini membahayakann kehidupannya oleh itu ibubapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupannya menjadi susah keranan perangai keras hatinya dan selalu bergaduh terutamannya dalam hal mencari rezeki. 


Zukaedah
Perwatakan pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya.Tetapi oleh keranan terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru.Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapt hasil yang memuaskan.


Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula.Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.Oleh kerana dia dapat memberikan garis pemisah, sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan





Me: 14 zulhijjah 1404...

No comments:

Post a Comment